Menu Diet Atkins Fasa 1

Menu diet atkins fasa 1. Hari ini yop nak kongsikan beberapa menu ataupun resepi untuk diet atkins fasa 1. Bagi sesetengah mereka yang mempraktikan amalan diet atkins ini, Fasa satu ataupun induction ini adalah fasa yang paling mencabar sekali. Ramai yang terkandas dan memulakan semula induction. Jadi untuk mengelakkan kita melakukan induction semula (reinduction) Yop kongsikan beberapa menu dan resepi supaya kita dapat mempelbagaikan menu diet atkins fasa 1.

resepi diet atkins fasa 1


1. Nugget Ayam ala Tempura Atkin
Bahan- Bahan
Isi ayam - 200g ( 1/2 kisar lumat, 1/2 potong kecik2)
Garam - secubit
Mayonis - 1 sudu
Lada putih/ hitam - 1 sudu kecil (ditumbuk)
Bawang putih - 1 biji (ditumbuk)
Bawang kecik - 1 biji (ditumbuk)
Telur - 1 biji
Cara Memasak
1. Letakkan isi ayam yang sudah dikisar lumat dan dipotong kecil kedalam bekas.
2. Gaulkan bersama dengan bawang putih, bawang kecil, lada hitam/putih, mayonis, kuning telur dan  garam bersama
3. Apabila sudah digaul, masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit supaya kental.
4. Keluarkan, basahkan tangan dan bentukkan seperti nugget
5. Celup nugget bersama putih telur dan goreng deepfried

2. Cucur ayam atkins

Bahan - Bahan
2 biji telur
1 sudu besar mayonis
1 ketul isi ayam bahagian dada
1 keping cheddar cheese
3 sudu air
2 biji bawang merah yg kecil
(kisarkan semua)
1 padang cili padi,
2 biji bawang kecil (potong dadu)
Daun sup sedikit( potong halus - halus dan campurkan dalam bahan kisar) 

Cara Memasak
Goreng seperti cucur biasa

3. Cekodok Bilis Atkins
Bahan - Bahan
Tauhu 2 keping
Telor sebiji
Ikan bilis/udang/bawang (terpulang)
Garam
Sekiranya ingin pedas potong cili kering halus - halus.
Cara Memasak
Jemput-jemputkan seperti cekodok biasa kemudian goreng.

4. Oopsien Bread
Bahan - Bahan
3 biji  telur (asingkan putih telur dan kuning telur)
100g cream cheese
1 tsp vanilla
1 tsp baking powder
secubit garam

Cara Memasak
1. Pukul putih telur smpai jd meringue (ketepikan)
2. dalam bekas lain, pukul cream cheese, telur, baking powder, vanilla, garam dan sebatikan
3. campur putih telur ke dalam adunan cream cheese, gaul degan senduk kayu
4. bakar dengan suhu 180 degree selama 10 minit

5. Sup  Broocoli
Bahan - Bahan
Brokoli (cincang halus)
Bawang Putih (cincang halus)
Stok ayam
sayur
Heavy cream
Cara Memasak
1. Masukkn brokoli dan bawang ke dalam stok dan didihkan atas api.
2. Kemudian masukkan heavy cream
3. Apabila hampir masak, masukkan pepper dan garam skit


6. Pizza Chicken Ball
Pizza seperti biasa sahaja.  Ganti dengan telur, cuma topping pizza tersebut sahaja.
Bahan - Bahan untuk topping
1. Chicken ball (Daging ayam dicincang)
2. Daun sup
3. Bawang
4. Garam.
Sos pizza
1. Tomato
2. Oregano
3. Bawang putih & merah
Cara Memasak 
1. Campurkan isi ayam bersama  bahan - bahan tadi
2. Kemudian bentukkan bulat- bulat dan rebus.
3. Untuk Sos pula, tumiskan bawang putih dan merah sehingga garing kemudian masukkan tomato yang dikisar.
4. Biar kan sehingga pekat.
5. Telur tadi didadar dengan butter untuk menaikkan aroma yang lazat.
6. Kemudian letak sos tadi dan letak chicken ball, cheese dan hiasan yg kita inginkan.
7. Selepas itu dalam 10 minit. Siap.

7. Murtabak atkins 
Bahan - Bahan
3 biji telur (dikisar dengan 2 biji bawang merah)
Sardine tin kecil
Cili padi 2 biji,
Garam sikit,
Bawang kecil 3 biji,
Cara Memasak
1. Masak telur bersama bawang kisar atas non-stick pan ( Seperti membuat lempeng)
2. Balut (Sardine+cili+bawang+garam ) guna lempeng tadi..
3. Kemudian deepfried.

8. Choc cookies atkins  
Bahan - Bahan
45g serbuk koko
50 g stevia
60 g butter,
60 g cream cheese,
2 biji telur,
1 sudu esen vanilla
Cara Memasak
1. Gaul cream cheese bersama  stevia (A)
2. Pukul telur dan masukkan butter serta esen vanilla (B)
3. Campur A dan B, masukkan serbuk koko perlahan - lahan.
4. Bakar 20-25 minit..
Satu adunan 9.6 carb sahaja..

9. Kek coklat kukus atkins
Bahan - Bahan
2 biji telur
3 sudu besar serbuk coklat
½ sudu sodium bicarbonate
5 sudu besar air,
1 keping cheddar cheese (cairkan)
7 paket stevia
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan kecuali cheddar cheese, apabila sudah sebati semua baru masukkan cheddar cheese cair itu.
2. Kukus dalam 20 min.
 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menu Diet Atkins Fasa 1"

Post a Comment